Pages

Monday, October 31, 2011

bacalah, apa itu jururawat... "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER!"

artikel ni jmpe kat internet,pendapat seseorang.. thankz~~~
Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?


Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)
i'm proud to be one of NURSES out there..



Saturday, October 29, 2011

I MISS THEM SOOOO MUCH!

Lagi 1 minggu ja tinggal before balik rumah ^^
Ya Allah~ Homesicknya,,, Allah ja yang tahu, after cakap dengan parents dalam telefon atau habis online memang rasa nak nangis ja... Kalau nak ikutkan mood ni memang malas nak study tapi disebabkan midterm yang bakal menjelang ni... Tak bolehla nak buat dunno je... Perjuangan harus diteruskan, keep fighting... 










Saranghae Mr. R :)

P/S : We are fighting dreamers~ Tetibe teringat lagu Naruto,,, rindunya nak tengok Naruto dekat rumah...huhu
Nak p relau lagi, tapi rasanya untuk raya haji ni mungkin tak sempat... -.-"

Wednesday, October 26, 2011

IMC-JHC...

             

Early morning yang tak berapa nak peaceful di mahallah at tabari...

"IS! ATIM! CEPAT! Bas da tunggu tu!"
"Wey, kejap, aku tengah siap, nak betulkan tudung nie"
"Kejap anis..."

"Bad da mesej aku, pak cik bas dh nk jalan"
"Jap~... Atim, pendrive aku mana?"
"Ada kat anis, aku bagi kat dia, Is jom!"
"Jom2"

Selesai solat zohor di Masjid Kuliyyah of Medicine (KOM)...

"Anis, Atim, Bad, jom... Bas da datang..."
"Jom2"
"ok2"

*****

Hmmm, boleh dikatakan macam ni lah hampir tiap2 hari, sibuk nak berkejar bas, tapi bukan kami ja yang lambat, ada lagi... Memang terseksa rupanya bila masuk 1st year ni. Dalam hati waktu mula masuk dulu ingat mesti tak busy sangat,,, Rupanya tersangatlah busy, agak susah bila pagi kelas dekat Indera Mahkota Campus (IMC) and petang dekat Jalan Hospital Campus (JHC). Bila masuk 2nd year sampai 4th year, kelas dekat JHC ja, so dah tak terkejar-kejar sangat dah... Alhamdulillah
Kuliyah of Nursing and Kuliyah of Medicine at JHC


KOM, IMC

Tapi dua2 ada kelebihannya, kalau kelas dekat IMC, makanan murah, nak dapatkan buku, nak fotostat, memang senang, and kalau dekat JHC, nak shopping la paling senang sebab depan tu Kuantan Parade, lintas jalan ja. Tapi memang kena pandai berjimatla, kalau tak memang pokai...huhu

Kalau ada yang cakap 1st year nursing ni tak sibuk, tryla, mostly hujung minggu kami mesti ada aktiviti, dari kelas ganti,CSC Open Day, Grand Camping, Symposium, dan aktiviti yang diadakan oleh Nursing Society... budak 1st year memang wajib join (kalau free takpa la jugak...)

Tapi nak buat macam mana, dengan menyibukkan diri jugakla menyebabkan kita pandai untuk manage masa dengan lebih baik (tapi diri ini tetap malas macam dulu,,, maybe da rajin sikit)

P/S : eventually, aku da boley adapt dengan environment kat sini, Alhamdulillah~ ^^

Tuesday, October 25, 2011

courage is the quality of mind which enables one to encounter danger and difficulties with firmness, or without fear, or fainting of heart.



To become a successful muslim in order to help others, courage is one of the important things needed.

central park new york

Pernah dengar Central Park di New York? Central Park adalah salah satu tempat yang mesti dikunjungi kalau berkunjung ke sana. Is sendiri tak pernah pergi lagi ke sana tapi memang ada niat nak pergi sana... InsyaAllah~ Central Park juga banyak menjadi lokasi pengambaran untuk kebanyakan filemfilem hollywood. Is berminat dan jatuh hati dengan Central Park time tengok discovery kat TV1. Its definitely beautiful~





P/s: There's nothing more peaceful than being close to the nature and think about Allah's glory

Saturday, October 15, 2011

Tak kenal maka Ta'aruf





Selalu dgr ayat mcm nie? Paling kerap dgr bila time mggu orientasi... Selalunya ni lah part paling lemah, walaupun dh selalu buat, still perasaan berdebar time tunngu nk ta'aruf tu still ada. Tp mmg ta'aruf itu penting utk mengenali org lain, nnt klu x kenal masing-masing buat kerja sendiri, at least tahu nama pun jadila... Ta'aruf tu kn rukun pertama usrah.


One of the uniqueness about UIA ; UIA still guna perkataan-perkataan dlm bajasa arab macam ta'aruf and musolla. Feel grateful to be here :)

P/s : Masih cuba tingkatkan kerajinan untuk menulis setelah lama tak tulis, hehe