Pages

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

EGYPT is bleeding

Apa yang jadi pada Mesir sekarang?
Setelah Dr Morsi dapat memerintah Mesir? 
Selam setahun Dr Morsi menjadi presiden, ada beberapa golongan yang masih tak bersetuju dan tak dapat terima Dr Morsi. 
Kini, angkatan tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fatah as-Sisi berusaha menghapuska golongan ikhwanul muslimin dan semua penyokog-penyokong Dr Morsi. 
Terdapat beberapa negara Arab yang bersetuju dengan apa yang berlaku di Mesir sekarang. (Tak patut langsung!)
Tapi ada juga kerajaan sepeti Turki yang mengecam keras tidakan tersebut.
Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ni mulanya adalah Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang dilantik oleh Dr Morsi sendiri. Tapi akhirnya, orang ni yang menjatuhkan ketuanya sendiri (Kurang ajar!)

Dr Morsi menang sebagai presiden di Mesir dengan cara demokrasi, jadi memang tak patut pihak tentera, polis berusaha menjatuhkan Dr Morsi sampai macam ni. Dr Morsi masih tak dapat dikesan dan tak diketahui ke mana diorang bawak Dr Morsi pergi. 


Show our support

Pray for them

Pray for Egypt


For more info, klik HERE and here

P/S : cerita mengenai Mesir ni dah banyak kat interet, google ja. Is not very good in writing but for further info bole ja tegok mana-mana blog dakwah yang ada. Kita mungkin tak diuji lagi sampai tahap yang dihadapi oleh Mesir tapi mereka masih saudara kita, show our support, pray for them. Doakan kemenangan Mesir dan Islam.

Friday, February 1, 2013

The Secret Ingredients...



Pernah dengar mengenai "subconscious mind" or minda separa sedar? And how it really affect us? Well, lets explore it using Kung Fu Panda movie (2008).

The conscious mind is the part of your mind which is responsible for logic and reasoning. Boleh dikatakan segala pergerakan yang dilakukan adalah dalam keadaan sedar. 

The subconscious mind is the part of your mind which responsible for all your involuntary actions. Di sini juga tempat penyimpanan segala memori and belief system yang telah berkurunnya tertanam dalam minda kita. 
For example : Efi, seekor anak gajah yang telah dirantai kakinya sejak dia berumur 5 tahun. Setiap hari Efi cuba sehabis baik untuk melelpaskan diri tapi tak pernah berjaya. Now, umur Efi dah masuk 20 tahun, tapi sekarang Efi dah tak cuba untuk melepaskan dirinya lagi walaupun rantai yang sama digunakan. Secara logiknya, Efi yang kini lebih besar dan gagah mesti boleh dapat melepaskan diri dengan mudah. Tapi kenapa dia mengalah? This is because of the belief system yang dia ada. 

In Kung Fu Panda, Po sangat3 yakin yang dia perlukan something yang cukup luar biasa supaya dia boleh jadi dragon warrior. Belief system yang tertanam dalam dirinya menyebabkan dia yakin yang dia takkan dapat mengatasi lawannya. This is where the conscious mind work. But what happen when the subconscious mind take part? 
The best scene where the subconscious mind work is when Po give his all effort to see the dragon warrior. His goal is clear-to see the dragon warrior, jadi apa saja usaha dan cara yang dia guna walaupun membahayakan diri Po, semua ni ditolak ke tepi. 


All you need to do to achieve your dream is to aim it and state it clear in your mind, belief it special, fight  and work your best to achieve it. 



One of the memorable quotes in the movie...

Mr. Ping: The secret ingredient is... nothing! 
Po: Huh? 
Mr. Ping: You heard me. Nothing! There is no secret ingredient. 
Po: Wait, wait... it's just plain old noodle soup? You don't add some kind of special sauce or something? 
Mr. Ping: Don't have to. To make something special you just have to believe it's special. 
[Po looks at the scroll again, and sees his reflection in it
Po: There is no secret ingredient... 

p/s : If you can dream it means you can achieve it. Kalau rasa penat dan letih ditengah jalan, don't stop. Gather your strength and MOVE FORWARD! ^^
info : http://www.imdb.com/title/tt0441773/quotes and http://www.2knowmyself.com/Subconscious_mind

Tuesday, May 22, 2012

Mabrouk by Irfan Makki


Assalamualaikum, not a newest song, but I really love it ^^
Mabrouk Lyrics
OOOh Yeaah OOOh
Today smiles all around
Both of you shinning with facing so bright
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dreams come true

Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!

Ya Allah berkati pasangan ini
Bahgia hidup berkasih sayang
Rasulullah indahnya sunnahmu
Dunia terasa bagai di syurga

We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dream come true

Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!

mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you

Yeeaah

Look now, happiness is all around [all around]
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!

mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you

Wednesday, November 2, 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? 

- copy and paste -

Monday, July 4, 2011

Pandora's Box

If you open a pandora's box means you let the evil  or bad things came to you
Itu quote yang famous bagi sesetengah orang untuk menggambarkan kejahatan yang bakal tiba, tapi apa sebenarnya pandora's box nie? Who is Pandora? A panda or a bear?
                                         *****
Menurut cerita yang diberitahu... Pandora ialah perempuan pertama di Bumi, Zeus mengarahkan Hephaestus (the god of craftsmanship) untuk mencipta Pandora menggunakan air dan tanah. Then, tuhan-tuhan yang lain pun mengurniakan Pandora ni dengan berbagai kelebihan---beauty,music,persuasion and curiosity. Kemudian dia diberi nama Pandora yang bermaksud "all-giving"-ada segalanya...

Waktu Prometheus mencuri api dari syurga, Zeus membalas dendam dengan menyerahkan Pandora kepada Epimetheus (abang Prometheus) untuk dijadikan isteri. Dengannya, Pandora telah diberikan sebuah kotak yang sangat cantik dan telah dinasihatkan supaya tidak akan buka kotak tu dalam apa jua keadaan pun. Disebabkan rasa ingin tahu yang teramat tinggi, Pandora akhirnya membuka kotak tersebut, akibatnya semua kejahatan yang telah dikunci di dalam kotak tu pun escape. Satu-satunya benda yang tertinggal di dalam kotak tu adalah "hope"(harapan).

Ada yang kata Prometheus mencuri api untuk kegunaan manusia di Bumi tapi tidak dibenarkan oleh tuhan-tuhan di syurga. Ada juga yang beritahu bahawa Prometheus menangkap semua kejahatan yang ada lalu dimasukkan ke dalam kotak tersebut dan diberikan kepada abangnya untuk dijaga. Pandora yang menjumpai kotak tu dan terus membukanya. Ada versi lain yang cakap Epimetheus yang buka kotak tu, not Pandora. Pandora cuba menangkap semula semua kejahatan tu tapi yang dia dapat ambil hanyalah Hope.
                                               *****
 Macam tu lah cerita mitos yang diceritakan darii zaman berzaman. Mitos hanyalah mitos, kita tak boleh nak percaya kerana ianya bukan true story or a fact. Bagi Muslim, memang mitos seperti ini tidak dapat diterima lansung. We know that Allah is the only God.

P/S: This idea tiba-tiba came up time tengok Bloody Monday, just want to share =)

Saturday, July 2, 2011

the mole people (malay version)

WASHINGTON, 26 Julai 2003: Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.

"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

BAGI PARA ULAMA' MEREKA BERPENDAPAT BAHAWA INILAH
--==YA'JUJ DAN MA'JUJ==--

masyallah...dunia dah nak kiamat

link: http://www.ukhwah.com/print.php?sid=708

p/s: slamt mmbaca =)

The Mole People

WASHINGTON -- Weekly World News has uncovered the shocking discovery
of a race of underground Mole People living 20 miles beneath the Earth, using secret tunnels to enter the United States!

This discovery was made not by archaeologists, but by NASA scientists tunneling deep inside the Earth -- and they're trying to keep the existence of this race covered up!

A NASA insider has leaked exclusive photos and information about these "cave people" under the condition of anonymity. "This story has to be
told," says the source. "It's just too big to keep under wraps."

The source excitedly spilled some big secrets about the Mole People."They seem to be a friendly race," he says, "But they're very primitive. We're trying to communicate with them, but it's a complicated task since they don't speak English.

"The Mole People, as we've nicknamed them, have easy access to the surface world," states the source. "That said, President Bush is handling the situation with an abundance of caution.

"One wrong move could result in the creatures declaring war on the surface. We're not even sure how many of them there are. We've only seen one city so far, with an estimated 2,000 Mole People in residence.


"But it's been suggested that there likely are several million of them living in sprawling and cavernous underground cities, scattered beneath the Earth's surface."

The creatures have some strong similarities to humans -- but also a few significant differences.

"Like us, they walk on two legs, but they're much taller than the average human -- standing 8 to 10 feet tall. Their fingers are claw-like. And their hands are webbed and designed for digging, not unlike the claws of a mole.

"Their skin is super-tough. It has to withstand the intense heat and
rugged conditions found below the Earth's surface."

There seems to have been some contact and interplay between humans and the subterraneans at some point in history -- they speak a language similar to an old Navajo dialect.

The source says the Mole People have ultradense musculature, making them capable of extreme violence.

"When one member of the expedition lit a cigarette lighter, the Mole People interpreted it as a threat and attacked him.

"They pounced on him like jungle cats, nearly snuffing him out along with his cigarette. He was lucky to escape with his life."

The Mole People are reportedly very curious about the surface world -- our clothes, our gadgets and especially our foods. They particularly enjoy our fresh fruit.

"I brought them some grapes, and they acted like it was a feast," the source says. "Obviously they can't grow fruit of their own, living 20 miles beneath the Earth's surface."

NASA is reportedly eager to study the Mole People. "We want to find out
everything about them -- what they eat, how they live, and, most importantly, what is their relationship to the human race.


Experts say this discovery has raised a number of serious and troubling questions, including:

Are the towering inhabitants of the civilization hostile and warlike or friendly and cooperative?

Will they make territorial claims on the surface of Earth? And what about crucial oil and mineral reserves below the surface? Who owns them: the Mole People -- or us?

How is it that NASA -- whose official mission is to explore outer space
-- discovered the underground culture?

Tight-lippped NASA spokesmen would neither confirm nor deny the report.

Pressured by reporters, a White House spokesman promised information "as I am authorized to provide it." But he warned: "That won't be anytime soon."

According to the source, NASA "stumbled on" the underground civilization in August while running a classified project code-named Operation Mole Hole -- an initiative that reporters now believe may have involved spying on China, using new "underground technologies."

"So far NASA has found secret cavern entrances to the underground world
in areas around Washington State's Mount Shasta, Mammoth Cave in Kentucky and also scattered throughout the southwestern U.S.," said the
source.                                                    
                                         ***
 
Any comment? Ada sesetengah pendapat ckp ni mungkin ya'juj & ma'juj... Ada yg kata weekly punya story xbley pakai, tambah2 bila Bush cakap dy yg nk kendalikan hal ni...

Nie link utk sumber: http://bteconline.2.forumer.com/a/the-mole-people_post135-.html

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: "Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: "Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik". Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: "Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Nie link utk hadis di atas: http://desaalam.com/forum/index.php?topic=153.0

P/S: Citer nie xdela baru, cuma utk mengisi ruang yang kosong. Susulan atau lanjutan dari article ni mcm da xde je...

Thursday, June 30, 2011

EXAM

ujian adalah tarbiyah dari Allah
apa yang kita persiapkan untuk menghadapinya???
sesungguhnya setiap hamba Allah ini sentiasa berada di dalam tapisan Allah
seorang yang ditarbiyah akan menunjukkan hasil-hasil seperti seorang muslim yang sepatutnya

p/s: takda idea sangat untuk dikongsi, harapnya gambar ini sahaja dapat mengulas selebihnya...

Sunday, May 8, 2011

UKHWAH~

Adakah ukhwah yg kita bina adalah atas dasar iman dan aqidah?
Atau adakah ukhwah tersebut hanyalah palsu, yang hanya terjalin apabila bersama untuk melakukan dan menyelesaikan tugas semata-mata tetapi apabila selesai saat itu, di luar, kita dan dia umpama tidak saling mengenali dan bertemu... Jangan jadikan ukhwah ini sebagai ukhwah retorik...


p/s : Peringatan bersama, begitu mudah kita menulis dan berbicara mengenai ukhwah fillah abadan abada padahal tanpa kita sedari ianya palsu semata... Nauzubillah, semoga kita semua berukhwah atas dasar aqidah dan hanya untukNya... A~min...

Wednesday, May 4, 2011

Kesempurnaan

Is… Is, ok tak?
Hmm…
Ape nie?? Bagi jawapan tapi muka tak berpaling pun… Tengok pun tidak, hish…
Rin sayang, ok dah… Matching je pakaian awak dengan tudung tu, setakat nak turun kafe bawah je pun nak bersiap macam nak g beli makanan kat MidValley
Ala, biarla… Sayakan sukakan kesempurnaan, awak pun sama ok
Ye…ye
                                                              *****
Selalu terjadi?
Manusia semestinya mementingkan kesempurnaan, kalau tidak dapat yang perfect pun, secara automatiknya kita akan mencari yang seakan-akan ke arah kesempurnaan jugak. A photographer also will strive to find the best angle.
Kalau di restoran… Meja dah atur betul-betul, kedudukan waiter, menu…
Di hari perkahwinan… Pasukan kompang, pengantin masuk dari sini, makanan semua cukup…
Itu antara situasi yang sering dan mudah untuk kita perhatikan, secara tidak lansung, kehendak kita untuk solat secara berjemaah juga merupakan antara cara kita mencari kesempurnaan. Sama juga seperti muslimah yang melabuhkan tudung dan melonggarkan bajunya, bukannya untuk kelihatan lebih alim atau bergaya atau mahu dipandang tinggi oleh sesetengah muslimin tetapi ianya adalah untuk mencari kesempurnaan selain mendapat keredhaan Allah.. Mungkin ada yang cakap solat berjemaah lebih khusyuk, solat jemaah pahala lebih, Allah suka kalau hambaNya solat jemaah, kalau ada orang yang lagi alim dalam solat tu, sekurang-kurang makbul doa yang dibaca imam. Hasilnya sama, solat kita akan lebih baik dari kita solat secara bersendirian. Untuk mencapai kesempurnaan, kita sendiri yang kena bergerak dan mencari kesempurnaan tersebut. Kita inginkan negara yang mengamalkan nilai-nilai Islam itu sendiri, jadi menjadi tanggungjawab kita juga untuk membawa Islam yang sebenar dengan menunjukkan contoh yang terbaik.

p/s: peringatan bersama buat diri yang lupa dan alpa ini…

Wednesday, April 13, 2011

Cukup Setakat Ini???

Apa yang selalu kita lihat di hospital?
Bagaimana keadaannya?
Apa yang anda fikir apabila disebut perkataan 'hospital'?... Orang yang sakit tenat? ICU? Doktor? Nurse? Makanan yang nampak tak sedap dan menyelerakan?
Setiap orang mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza...
Bagi seorang nurse, ayat yang selalu diucapkan adalah... "cik dah makan ubat?", "rasa sakit lagi x?", "kalau perli apa-apa lagi beritahu ye."


...Setakat ini sahaja? Cukup setakat ni? kalau pesakit tu bukan orang Islam, boleh kita terima... Tapi masalahnya, bila pesakit tu adalah saudara seagama dan seaqidah dengan kita... 
Adakah selalu perkataan seperti ini keluar dari mulut kebanyakan nurse?... "cik nak solat?"..."oh, dah masuk waktu, mari saya bantu awak untuk solat?"...


Dalam sesetengah keadaan, lagi bertambah menyedihkan apabila nurse dan doktor sendiri tidak menunaikan solat, bukan untuk mengata atau sebagainya, tapi realiti yang berlaku pada hari ini, masalah umat yang melanda... Amar makruf nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh semua umatnya...
Memang bukan mudah untuk mengubah, pasti ada yang berkata..."cakap senangla, cuba buat tengok"... Tapi tak bermakna kita harus berputus asa setakat itu sahaja, seperti kita menyelesaikan soalan matematik, jika tak dapat guna cara A, guna cara B pulak...,sepertimana seorang ibu yang cuba memujuk anaknya yang menangis, jika tak dapat dengan kaedah C, guna kaedah D pulak... Macam tu juga kita, cuba sehabis baik, paling kurang pun, ada jawapan yang dapat kita kemukakan di hadapan Allah nanti. Kita bukan hanya akan ditanya mengenai perkara yang kita buat tapi kita juga akan disoal menyenai hal yang tidak kita kerjakan.


Kerjaya sebagai seorang nurse adalah kerja yang mulia, tetapi ia juga boleh menjadi kerja yang hina. Jika seorang nurse itu baik, orang akan cakap.."ha'ah, nurse tu lah... dy baik, selalu tolong...". Kalau tak pun orang akan cakap..."betul2, nurse tu memang teruk, dy selalu...". Jadi sama2 kita cuba lakukan yang terbaik dalam  menyebarkan dakwah dan ajaran baginda Rasulullah S.A.W.



p/s: Setiap ujian dariNya adalah bukti kasih sayang dan perhatianNya pada kita (^^,)

Friday, April 1, 2011

U! Be Patient!!!

Sabar… Sabar
Sedarkah kita kekadang dalam kita tidak sedar… kita sebenarnya gopoh dan terburu-buru dalam berdoa. Dimana adab dan protocol kita dalam berdoa? Sebagai hamba yang meminta pertolongan dari Penciptanya, kita seharusnya sabar, yakin dan khusyuk dalam berdoa. Kita patut rasa hinanya kita dalam meminta doa dari Allah. MasyaAllah… hebatnya kepada mereka yang menangis setiap kali dalam doa mereka, menjiwai doanya dan mengerti setiap maksud doa yang dibacanya. Mungkin kekadang kita juga tidak sedar bahawa kita tidak letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Mungkin pertanyaan seperti ini pernah berlalu di fikiran kita… ‘Allah dengar ke tidak doa aku ni?’… ‘Apsal tak jadi pun apa yang aku minta ni?’… ‘Kenapa semua jadi tak seperti yang dirancang ni?’
Sepatutnya kita tidak patut merungut, kita sepatutnya ada ikhtiar, letakkan kepercayaan dan keyakinan 100% kepada Dia yang Maha Mengetahui. Bagaimana Allah akan memperkenankan doa itu… Bila Dia akan perkenankan… Itu bukan urusan kita.
Gunakan sepenuh tenaga kita dalam melakukan kebaikan. Dalam berdoapun… jagalah passwordnya… elakkan makan makanan yang haram dan makanan yang dating dari sumber yang haram.
Ambillah kisah para nabi, bagaimana mereka meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bagaimana mereka beriman hingga ke akhirnya. Nabi Ibrahim yang yakin dengan janji Allah di saat baginda ingin dibakar… Nabi Musa di saat baginda berdepan dengan firaun…  Nabi Muhammad yang terpaksa berpindah ke Madinah atas arahan Allah… Sesungguhnya ujian buat mereka lebih berat…lebih perit…lebih sukar…lebih payah…
Berdoalah sehabis baik, berikhtiarlah sehabis daya, letakkanlah 100% keyakinan kepada Dia yang Maha Bijaksana… Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
 p/s:dapat idea ni time tengah tengok Halaqah 1 mac haritu… Ustaz juga menggalakkan kita untuk menghafal ayat dari surah Ibrahim:40 dan dibaca semasa berdoa… Peringatan ini juga untuk diri yang sering lalai ini.

Saturday, December 4, 2010

MasyaAllah... Cinta Rasulullah terhadap umatnya

Pagi itu, walaupin langit telah mula manguning, namun burung- burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas menyampaikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku." 



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datnG, saatnya telah tiba. 

"Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua." keluh hati semua sahabat kala itu. Dan manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian meninggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah dengan keringat yang menbasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya "siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah.Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampirinya, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah siap di atas langit dunia menyambur roh kekeasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkaub tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

Saatnya semakin dekat Izrail melakukan tugas.Perlahn roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini......." perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku.hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?"tanya Rasulullah kepada malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?"kata Jibril

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidaktertahan lagi.
"Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendakmembisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan ke wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Umatku! Umatku! Umatku!" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran. Kini, mampukah kita mencintai seperti baginda mencintai umatnya?


Mengertikah kita bagaimana baginda bersusah payah untuk meletakkan Islam di tempatnya???
Semoga kita tidak menjadi salah seorang yang menjatuhkn Islam
Semoga kita dapat menegakkn Khilafah Islamiyyah. TAKBIR!!!

Sunday, November 28, 2010

PERMULAAN...

Assalamualaikum w.b.t
Erm, sbg permulaan, honestly sy xtau nk write apa sgt even blog nie dh lma ad, cuma xd 1 post pun sbb agak busy n connection yg x brapa baik...
Story ckitla mgenai raya korban baru2 nie (baru lg ke?), Alhamdulillah dpt balik beraya kt kampong walaupun bukan suma yg ad, tp yg best family da bertambah besar n ramai dgn kehadiran ahli baru dlm family km... hehe
Apa yg sy dpt lihat, bukan senang utk sesuaikan diri dgn tmpat n suasana yg baru, tp suma orang mcm faham dgn keadaan tu dan sama2 tlg dy utk sesuakan diri smpai dy x kekok n x segan sgt dh...
Fitrah manusiakan, sentiasa memerlukan orang lain utk teruskan kehidupan, susah utk melakukan segalanya jika hanya bersendirian
Bila kita dlm berkumpulan... rasa dy lain, rsa sentiasa diperlukan dan dihargai... Sbb 2 kita kna sentiasa berjemaah dlm melakukan perkara2 yg baik kerana benda yg ingin dibuat akn menjadi lebih mudah dan teratur ^_^