Pages

Friday, April 1, 2011

U! Be Patient!!!

Sabar… Sabar
Sedarkah kita kekadang dalam kita tidak sedar… kita sebenarnya gopoh dan terburu-buru dalam berdoa. Dimana adab dan protocol kita dalam berdoa? Sebagai hamba yang meminta pertolongan dari Penciptanya, kita seharusnya sabar, yakin dan khusyuk dalam berdoa. Kita patut rasa hinanya kita dalam meminta doa dari Allah. MasyaAllah… hebatnya kepada mereka yang menangis setiap kali dalam doa mereka, menjiwai doanya dan mengerti setiap maksud doa yang dibacanya. Mungkin kekadang kita juga tidak sedar bahawa kita tidak letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Mungkin pertanyaan seperti ini pernah berlalu di fikiran kita… ‘Allah dengar ke tidak doa aku ni?’… ‘Apsal tak jadi pun apa yang aku minta ni?’… ‘Kenapa semua jadi tak seperti yang dirancang ni?’
Sepatutnya kita tidak patut merungut, kita sepatutnya ada ikhtiar, letakkan kepercayaan dan keyakinan 100% kepada Dia yang Maha Mengetahui. Bagaimana Allah akan memperkenankan doa itu… Bila Dia akan perkenankan… Itu bukan urusan kita.
Gunakan sepenuh tenaga kita dalam melakukan kebaikan. Dalam berdoapun… jagalah passwordnya… elakkan makan makanan yang haram dan makanan yang dating dari sumber yang haram.
Ambillah kisah para nabi, bagaimana mereka meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bagaimana mereka beriman hingga ke akhirnya. Nabi Ibrahim yang yakin dengan janji Allah di saat baginda ingin dibakar… Nabi Musa di saat baginda berdepan dengan firaun…  Nabi Muhammad yang terpaksa berpindah ke Madinah atas arahan Allah… Sesungguhnya ujian buat mereka lebih berat…lebih perit…lebih sukar…lebih payah…
Berdoalah sehabis baik, berikhtiarlah sehabis daya, letakkanlah 100% keyakinan kepada Dia yang Maha Bijaksana… Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
 p/s:dapat idea ni time tengah tengok Halaqah 1 mac haritu… Ustaz juga menggalakkan kita untuk menghafal ayat dari surah Ibrahim:40 dan dibaca semasa berdoa… Peringatan ini juga untuk diri yang sering lalai ini.

Friday, February 11, 2011

Dari PJ ke SP

tuuut...tuuut... msg pun masuk...
Is mengambil hensetnnya dgn malas... "Salam Is, sory sy x jd nk blk penangla CNY nie... Sory ek". "0wh, ya ka... erm, sokay :-)" reply Is.
Alamak... member x jadi blk... kne blk sorg r nmpknya... Hmmm, nk blk ke x ek? Persoalan yg bermain di fikiran Is bermula dr jam 1 sehingga jam 3. Lalu keputusan dibuat. "kalau Is x blk, abah n mak da beli tiket dr sana blk pj...burn camtu ja...baik balik"
Selesai mengemas, Is berjalan keluar dr kampus. Bley ke x nie blk cannie... Msg kt pksula,

sent(S)- pksu... Is blk sorg
received(R)- dh2 canna? xtaula satg ad org culik, haha
S- seriousla, mmber x jd blk ngan Is
R- dah2 blk sorg ka? kena culik xtau, haha
S- pksu rsa ad tiket on d spot lg x skrg?
R- awat mmbr x jd blk?
S- sorg nk blk ngan maklong, sorg xnk susahkan parents dy utk ambil dy kt stesen nnt

sedang menunggu, Metro 12 pun smpai, Is naek dan mmbyr harga utk ke kl sentral. Mengikut perancangannya... G kl sentral-naek train blk, klu xd... g j.duta-naek bas, klu xd... g bkt jalil-naek bas...

R- napa x tmpg skali ngan m.long mmbr 2?
S- segan...
S- pksu rsa Is patut naek train or bus?
R- klu tren kna tggu mlm, nk ka?
Metro 12 berhenti di kl sentral, tapi Is masih kaku di kerusinya...
R- kak blk ngan bas ptg nie kn?-abah
S- insyaAllah
R- dh naek bas msg tau
S- ok
that's it, Is amek bas since abah msg me about bas...
S- pksu, Is terus smpai duta n amek bas kt situ
R- k, jln baik2

Alhamdulillah adapun tiket, warghh... mahalnye... lantaklah...

Di dalam bas...
Ala... ada sit double single, apala nasib dpt double... Dh ad sorg bro ddk kt sebelah... Canna Is, nk dok ke tak nie???
G tny pak cik bas... "pakcik. nk tukar sit 4C ni dgn 4A bley?"
"adk try tny kt kaunter, sy xpasti"... Klu turun kang bas jln habisla... Duduk jelah
Dahagala pulak... Aduh, bas nie betul ke jalan pukul 4.30 nie, sempat x kalau nk turun beli air ek
"sory, nk tny, bas ni mmg jalan pukul 4.30 ke?", tny Is pada bro di sebelahnya
"entahla, sy beli tiket pukul 4 tadi" reply bro tersebut.

Tahan je la dahaga ni, japg hilangla...

S- pksu, Is da naek bas, tp keliling Is ni lelaki r...
R- haha, depa mmg da pakat nk dok dkt Is la 2...
S- abah, Is da naek bas
R- ok
S- pksu ni, dhla nnt msg len
R- k, jgn tidoq plak, nnt dy buat papa plak
S- ok

Tp Is tidur jugak, hehe. Sory pksu, ngantok sgt2

Smpai di RnR Tapah, turun utk solat n beli sedikit bekalan
Naik bas, bro 2 da naek...
Laparny... Is pun menghabiskan 2 ketul pau yang telah dibeliny td bersama air mineral...
'segannya, dy mkn 1 je pau, Is bedal smpai 2, lantakla, mmg Is lapar pun...'
"Er, awk nk blk sp ke?" bro tersebut bersuara
"a'ah, nk g sp jgk k?"
"x, sy nk g pengkalan hulu, baling, tau x canne dr sp nk ke sana?"
"sy x pasti"
"ok, xpa"
"org mana?" Is bertanya
"sy org kl, asal kl, family pun kl, mmg kalau bercuti sy pergi rumah kwn2, bercuti sekali dgn diorg n di kampung diorg"
"owh"

Perbualan terus berlalu... dr cerita kl... bercuti... silat gayong... mph... dr Mahathir... politik... dll
Akhirny bas smpai d sp
"jumpa lg, bila2 dalam bas" ucapnya sebelum berlalu

Turun dr bas...
"ABAH!!!"
'awatla budak Is nie'
"leganya da smpai sp..., abah tau x pnjang cerita camna kak bley blk dr pj ke sp... n nsb baek pksu x kna kerat jari, haha"
"awat paksu hang nk kerat jari dy?"
"sbb dy x syg kt jari dy, haha, lawak ja, nnt blk rumah Is cita na..."

Alhamdulillah, mungkin x dpt nk luahkan semuany di sini tp apa yang terjadi di sepanjang 'pengembaraan' tersebut sgt mencabar keimanan dan kesabaran.

P/s: Mmg benar kata org susah itu tarbiyah, ujian dr Pencipta kepada hamba yang disygi...


      Semoga diri ini tabah dalam menghadapi ujian2 di masa akan dtg... A~min...

Saturday, January 29, 2011

Seronoknya Hari Ni...

Zahroh berlalu pergi meninggalkan ainaa dan dayah.
"Bestnya malam ni...", kata ainaa sambil merenung dayah yang tengah khusyuk menjamah sate. Kemudian dayah membals, "apa yg bestnya ainaa?". Ainaa bertanya kembali kpd dayah, "bestla... hampa ni sebagai org yg hadir rasa apa?". Dayah jawab, "kami rasa biasa ja...Tp hampa rasa bestla sebab hampa yang bergerak kerja dalam menjayakan program ni, jadi bila hampa nmpk ada orang yang hadir untuk agd ni mestila hampa rasa seronok". Ainaa sambung, "a'ah, betul. rasa best sangat bila orang hadir...". dayah hanya tersenyum sambil memandang rumatenya, zahroh yang tengah bergelak ketawa.
                                                                               ***
Begitulah suasana agd imiu yang telah berlalu semlam.

Ramai gadis2 bertudung mula membanjiri kawasan yang selalunya hanya akan dibanjiri oleh kaum adam bermula pukul 8 malam. Saat fatin sampai di dewan tersebut, keadaan sudah meriah dengan alunan lagu2 nasyid. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan tazkirah 'adhock' oleh saudara Iqbal. Para komiti sibuk menyiapkan makanan. Minda para tetamu yang hadir diuji dengan beberapa teka teki yang disampaikan oleh syahir dan hafizuddin yang sangat berguna. Sesudah itu, program diteruskan lagi dengan menjemput para tetamu mengambil makanan...

"sekarang dijemput nurul 'izzah untuk naik sebagai timbalan presiden imiu", ucap mc. Fatin tersenyum. Begitulah keadaan yang membawa kepada slot seterusnya, iaitu perlantikan lineup baru. Ada yang hanya tersenyum... Ada yang takut untuk ke hadapan... Ada yang sedia untuk menerimany... Semua komiti yang terlibat senyum tanda bersyukur. Semua menerima keadaan ini dengan redha.

Begitulah keadaan kita, ada yang turun, ada yang naik, tidak akan selamanya kita akan berada di atas sahaja.

Akhirnya, program berakhir setelah mereka yang hadir mendapat button badge imiu dan selepas semua yang ada sama2 menjamah aiskrim yang telah disediakan. Keadaan sangat meriah. Muslimin dengan cara muslimin, muslimat dengan cara muslimat. Memang best.
                                                                               ***

Alhamdulillah sgt2, rasa lega sgt2 sebab segala yang dirancang telah berjalan dgn baik walaupun tak sempurna tp Alhamdulillah. Semua orang berusaha untuk buat yang terbaik walaupun setiap orang masih ada kerja lain yang masih belum disiapkan. Tahniah kpd semua yang tolong memeriahkan program ini ^_^.

Kepada lineup yang baru dilantik, tahniah dan takziah diucapkan, berusahalah dalam menolong saudara2 kita yang lain. Jika ada kesusahan yang datang, terimalah ia dgn redha dan anggaplah ianya sebagai tarbiyyah dan ujian dari Dia Yang Maha Penyayang.

Kepada mantan2 lineup, teruskan perjuangan kita walaupun di mana kita berada. Jadilah mata rantai perjuangan Rasulullah. Ingatlah kita tidak berada di permulaan ataupun di hujung, kita berada di tengah, jadi peganglah ia sekuat kuatnya dan teruskan perjuangan ini.

Thursday, January 13, 2011

hold my hand-maher zein-with lyrics

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

Saturday, December 4, 2010

MasyaAllah... Cinta Rasulullah terhadap umatnya

Pagi itu, walaupin langit telah mula manguning, namun burung- burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu, Rasulullah s.a.w dengan suara terbatas menyampaikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku, aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku." 



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datnG, saatnya telah tiba. 

"Rasulullah s.a.w akan meninggalkan kita semua." keluh hati semua sahabat kala itu. Dan manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian meninggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup sedang di dalamnya, Rasulullah terbaring lemah dengan keringat yang menbasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya "siapakah itu wahai anakku?" "Taktahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah s.a.w menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,"kata Rasulullah.Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.Malaikat maut datang menghampirinya, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian panggillah Jibril yang sebelumnya sudah siap di atas langit dunia menyambur roh kekeasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"tanya Rasulullah s.a.w dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu."kata Jibril.Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w lega. Matanya penuh kecemasan.

"Engkaub tidak senang mendengar khabar ini?"tanya Jibril lagi.
"Kahabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"tanyanya.
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril.

Saatnya semakin dekat Izrail melakukan tugas.Perlahn roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini......." perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku.hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?"tanya Rasulullah kepada malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?"kata Jibril

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidaktertahan lagi.
"Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendakmembisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan ke wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Umatku! Umatku! Umatku!" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran. Kini, mampukah kita mencintai seperti baginda mencintai umatnya?


Mengertikah kita bagaimana baginda bersusah payah untuk meletakkan Islam di tempatnya???
Semoga kita tidak menjadi salah seorang yang menjatuhkn Islam
Semoga kita dapat menegakkn Khilafah Islamiyyah. TAKBIR!!!

Thursday, December 2, 2010

Tarbiyah

Salam ^_^
Dengan kejadian yang berlaku baru2 ni, mmg rsa sgt2 ditarbiyah, tapi bagus juga bila diri yang hina dan alpa ini 'diketuk' sedikit dengan bebanan dan dugaan yang datang dari yang Maha Agung lg Maha Memahami. Mmg sifat manusia itu mudah alpa dan lalai, kerana itu mereka harus sentiasa dinasihati dan diingatkan agar tidak terkeluar dari landasan. Jangan kita merasa terbeban dengan apa yang berlaku dan atas setiap taklifat yang diberi, mungkin secara tidak sedar kita sebenarnya mampu menggalas tugas tersebut, hanya kerana kita tidak pernah memikul amanah tersebut.
Sepertimana bola yang direndam di dalam air, semakin lama kita menekan, semakin itu juga ia menolak tangan kita, apabila kita diberi tekanan, ia sebenarnya melatih kita untuk mencungkil bakat serta kemahiran yang ada pada kita... Look at a good side, InsyaAllah we can overcome anything...