Pages

Thursday, June 30, 2011

EXAM

ujian adalah tarbiyah dari Allah
apa yang kita persiapkan untuk menghadapinya???
sesungguhnya setiap hamba Allah ini sentiasa berada di dalam tapisan Allah
seorang yang ditarbiyah akan menunjukkan hasil-hasil seperti seorang muslim yang sepatutnya

p/s: takda idea sangat untuk dikongsi, harapnya gambar ini sahaja dapat mengulas selebihnya...

Sunday, May 8, 2011

UKHWAH~

Adakah ukhwah yg kita bina adalah atas dasar iman dan aqidah?
Atau adakah ukhwah tersebut hanyalah palsu, yang hanya terjalin apabila bersama untuk melakukan dan menyelesaikan tugas semata-mata tetapi apabila selesai saat itu, di luar, kita dan dia umpama tidak saling mengenali dan bertemu... Jangan jadikan ukhwah ini sebagai ukhwah retorik...


p/s : Peringatan bersama, begitu mudah kita menulis dan berbicara mengenai ukhwah fillah abadan abada padahal tanpa kita sedari ianya palsu semata... Nauzubillah, semoga kita semua berukhwah atas dasar aqidah dan hanya untukNya... A~min...

Wednesday, May 4, 2011

Kesempurnaan

Is… Is, ok tak?
Hmm…
Ape nie?? Bagi jawapan tapi muka tak berpaling pun… Tengok pun tidak, hish…
Rin sayang, ok dah… Matching je pakaian awak dengan tudung tu, setakat nak turun kafe bawah je pun nak bersiap macam nak g beli makanan kat MidValley
Ala, biarla… Sayakan sukakan kesempurnaan, awak pun sama ok
Ye…ye
                                                              *****
Selalu terjadi?
Manusia semestinya mementingkan kesempurnaan, kalau tidak dapat yang perfect pun, secara automatiknya kita akan mencari yang seakan-akan ke arah kesempurnaan jugak. A photographer also will strive to find the best angle.
Kalau di restoran… Meja dah atur betul-betul, kedudukan waiter, menu…
Di hari perkahwinan… Pasukan kompang, pengantin masuk dari sini, makanan semua cukup…
Itu antara situasi yang sering dan mudah untuk kita perhatikan, secara tidak lansung, kehendak kita untuk solat secara berjemaah juga merupakan antara cara kita mencari kesempurnaan. Sama juga seperti muslimah yang melabuhkan tudung dan melonggarkan bajunya, bukannya untuk kelihatan lebih alim atau bergaya atau mahu dipandang tinggi oleh sesetengah muslimin tetapi ianya adalah untuk mencari kesempurnaan selain mendapat keredhaan Allah.. Mungkin ada yang cakap solat berjemaah lebih khusyuk, solat jemaah pahala lebih, Allah suka kalau hambaNya solat jemaah, kalau ada orang yang lagi alim dalam solat tu, sekurang-kurang makbul doa yang dibaca imam. Hasilnya sama, solat kita akan lebih baik dari kita solat secara bersendirian. Untuk mencapai kesempurnaan, kita sendiri yang kena bergerak dan mencari kesempurnaan tersebut. Kita inginkan negara yang mengamalkan nilai-nilai Islam itu sendiri, jadi menjadi tanggungjawab kita juga untuk membawa Islam yang sebenar dengan menunjukkan contoh yang terbaik.

p/s: peringatan bersama buat diri yang lupa dan alpa ini…

Wednesday, April 13, 2011

Cukup Setakat Ini???

Apa yang selalu kita lihat di hospital?
Bagaimana keadaannya?
Apa yang anda fikir apabila disebut perkataan 'hospital'?... Orang yang sakit tenat? ICU? Doktor? Nurse? Makanan yang nampak tak sedap dan menyelerakan?
Setiap orang mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza...
Bagi seorang nurse, ayat yang selalu diucapkan adalah... "cik dah makan ubat?", "rasa sakit lagi x?", "kalau perli apa-apa lagi beritahu ye."


...Setakat ini sahaja? Cukup setakat ni? kalau pesakit tu bukan orang Islam, boleh kita terima... Tapi masalahnya, bila pesakit tu adalah saudara seagama dan seaqidah dengan kita... 
Adakah selalu perkataan seperti ini keluar dari mulut kebanyakan nurse?... "cik nak solat?"..."oh, dah masuk waktu, mari saya bantu awak untuk solat?"...


Dalam sesetengah keadaan, lagi bertambah menyedihkan apabila nurse dan doktor sendiri tidak menunaikan solat, bukan untuk mengata atau sebagainya, tapi realiti yang berlaku pada hari ini, masalah umat yang melanda... Amar makruf nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh semua umatnya...
Memang bukan mudah untuk mengubah, pasti ada yang berkata..."cakap senangla, cuba buat tengok"... Tapi tak bermakna kita harus berputus asa setakat itu sahaja, seperti kita menyelesaikan soalan matematik, jika tak dapat guna cara A, guna cara B pulak...,sepertimana seorang ibu yang cuba memujuk anaknya yang menangis, jika tak dapat dengan kaedah C, guna kaedah D pulak... Macam tu juga kita, cuba sehabis baik, paling kurang pun, ada jawapan yang dapat kita kemukakan di hadapan Allah nanti. Kita bukan hanya akan ditanya mengenai perkara yang kita buat tapi kita juga akan disoal menyenai hal yang tidak kita kerjakan.


Kerjaya sebagai seorang nurse adalah kerja yang mulia, tetapi ia juga boleh menjadi kerja yang hina. Jika seorang nurse itu baik, orang akan cakap.."ha'ah, nurse tu lah... dy baik, selalu tolong...". Kalau tak pun orang akan cakap..."betul2, nurse tu memang teruk, dy selalu...". Jadi sama2 kita cuba lakukan yang terbaik dalam  menyebarkan dakwah dan ajaran baginda Rasulullah S.A.W.



p/s: Setiap ujian dariNya adalah bukti kasih sayang dan perhatianNya pada kita (^^,)

Friday, April 1, 2011

dapat2!


yay!!! Alhamdulillah...
Dapat gak apa yg dihajati, hehe... Alhamdulillah
Dlm kalangan 60 org budak nursing, ad gak nama diri yang bertuah nie.
                    ***
Ceritanya begini... 
Di rumah...
"abah, Is risau r... takut x dpt amek kos 2... diorg ckp bdk nursing ramai sgt...mgkin ad yang diorg nk letak biomedic r boitech...huhu"
"takkan diorg nk bwt cam2 kot"
"bleh ja abah..."
"erm... bkn pa, abah tkut depa delay dlu separuh, yang separuh lg p dlu... Klu jd cam2 canna?"
"erm, x tau..."
"Is tukar kosla klu xdapat"
"WHAT?... xnak..."
"Ya Allah... tolongla... harap2 dpt stay and dpt g bln 9 nie..."
                  ***
"Is!!! Aku pass interview!!!"
"btol ke zue?"
"ye la. Arrgh.. Cam x caya aku pun"
"Alhamdulillah... Congrats2"
"... wey Is.."
"Hmm?"
"ad list name utk bdk nurs gak la... hah! name ko ad!!!"
"btol ke?... yay! dpt g bln 9 nie, x kne delay!x kne tukar kos!"
"Alhamdulillah..."

Dgn pantas Is terus menelefon kelurgany…

...tuut...tuuut...
"hello?"
"Abah! kak dpt p utk bln 9 nie!!! x kena delay... td da cek, hehe"
"owh, bestla klu cam2"
"best2, sgt best... zue pun lepas interview dy, hehe"
"ok, bgusla... nk ckp ngan mak x?"
"takpala, kedit x ckp, nnt abah gtau kt mak tau"
"ok"
"k, bye"

Begitulah masa yang telah berlalu pada hari tersebut… Memang xd apa2 plan pun… Class pun x start lg
p/s: kpd yang berjaya, TAHNIAH~ kpd yang tidak, insyaAllah~ segala yg telah diatur olehNya pasti ada hikmah…salam ukhwah

U! Be Patient!!!

Sabar… Sabar
Sedarkah kita kekadang dalam kita tidak sedar… kita sebenarnya gopoh dan terburu-buru dalam berdoa. Dimana adab dan protocol kita dalam berdoa? Sebagai hamba yang meminta pertolongan dari Penciptanya, kita seharusnya sabar, yakin dan khusyuk dalam berdoa. Kita patut rasa hinanya kita dalam meminta doa dari Allah. MasyaAllah… hebatnya kepada mereka yang menangis setiap kali dalam doa mereka, menjiwai doanya dan mengerti setiap maksud doa yang dibacanya. Mungkin kekadang kita juga tidak sedar bahawa kita tidak letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Mungkin pertanyaan seperti ini pernah berlalu di fikiran kita… ‘Allah dengar ke tidak doa aku ni?’… ‘Apsal tak jadi pun apa yang aku minta ni?’… ‘Kenapa semua jadi tak seperti yang dirancang ni?’
Sepatutnya kita tidak patut merungut, kita sepatutnya ada ikhtiar, letakkan kepercayaan dan keyakinan 100% kepada Dia yang Maha Mengetahui. Bagaimana Allah akan memperkenankan doa itu… Bila Dia akan perkenankan… Itu bukan urusan kita.
Gunakan sepenuh tenaga kita dalam melakukan kebaikan. Dalam berdoapun… jagalah passwordnya… elakkan makan makanan yang haram dan makanan yang dating dari sumber yang haram.
Ambillah kisah para nabi, bagaimana mereka meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bagaimana mereka beriman hingga ke akhirnya. Nabi Ibrahim yang yakin dengan janji Allah di saat baginda ingin dibakar… Nabi Musa di saat baginda berdepan dengan firaun…  Nabi Muhammad yang terpaksa berpindah ke Madinah atas arahan Allah… Sesungguhnya ujian buat mereka lebih berat…lebih perit…lebih sukar…lebih payah…
Berdoalah sehabis baik, berikhtiarlah sehabis daya, letakkanlah 100% keyakinan kepada Dia yang Maha Bijaksana… Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
 p/s:dapat idea ni time tengah tengok Halaqah 1 mac haritu… Ustaz juga menggalakkan kita untuk menghafal ayat dari surah Ibrahim:40 dan dibaca semasa berdoa… Peringatan ini juga untuk diri yang sering lalai ini.

Friday, February 11, 2011

Dari PJ ke SP

tuuut...tuuut... msg pun masuk...
Is mengambil hensetnnya dgn malas... "Salam Is, sory sy x jd nk blk penangla CNY nie... Sory ek". "0wh, ya ka... erm, sokay :-)" reply Is.
Alamak... member x jadi blk... kne blk sorg r nmpknya... Hmmm, nk blk ke x ek? Persoalan yg bermain di fikiran Is bermula dr jam 1 sehingga jam 3. Lalu keputusan dibuat. "kalau Is x blk, abah n mak da beli tiket dr sana blk pj...burn camtu ja...baik balik"
Selesai mengemas, Is berjalan keluar dr kampus. Bley ke x nie blk cannie... Msg kt pksula,

sent(S)- pksu... Is blk sorg
received(R)- dh2 canna? xtaula satg ad org culik, haha
S- seriousla, mmber x jd blk ngan Is
R- dah2 blk sorg ka? kena culik xtau, haha
S- pksu rsa ad tiket on d spot lg x skrg?
R- awat mmbr x jd blk?
S- sorg nk blk ngan maklong, sorg xnk susahkan parents dy utk ambil dy kt stesen nnt

sedang menunggu, Metro 12 pun smpai, Is naek dan mmbyr harga utk ke kl sentral. Mengikut perancangannya... G kl sentral-naek train blk, klu xd... g j.duta-naek bas, klu xd... g bkt jalil-naek bas...

R- napa x tmpg skali ngan m.long mmbr 2?
S- segan...
S- pksu rsa Is patut naek train or bus?
R- klu tren kna tggu mlm, nk ka?
Metro 12 berhenti di kl sentral, tapi Is masih kaku di kerusinya...
R- kak blk ngan bas ptg nie kn?-abah
S- insyaAllah
R- dh naek bas msg tau
S- ok
that's it, Is amek bas since abah msg me about bas...
S- pksu, Is terus smpai duta n amek bas kt situ
R- k, jln baik2

Alhamdulillah adapun tiket, warghh... mahalnye... lantaklah...

Di dalam bas...
Ala... ada sit double single, apala nasib dpt double... Dh ad sorg bro ddk kt sebelah... Canna Is, nk dok ke tak nie???
G tny pak cik bas... "pakcik. nk tukar sit 4C ni dgn 4A bley?"
"adk try tny kt kaunter, sy xpasti"... Klu turun kang bas jln habisla... Duduk jelah
Dahagala pulak... Aduh, bas nie betul ke jalan pukul 4.30 nie, sempat x kalau nk turun beli air ek
"sory, nk tny, bas ni mmg jalan pukul 4.30 ke?", tny Is pada bro di sebelahnya
"entahla, sy beli tiket pukul 4 tadi" reply bro tersebut.

Tahan je la dahaga ni, japg hilangla...

S- pksu, Is da naek bas, tp keliling Is ni lelaki r...
R- haha, depa mmg da pakat nk dok dkt Is la 2...
S- abah, Is da naek bas
R- ok
S- pksu ni, dhla nnt msg len
R- k, jgn tidoq plak, nnt dy buat papa plak
S- ok

Tp Is tidur jugak, hehe. Sory pksu, ngantok sgt2

Smpai di RnR Tapah, turun utk solat n beli sedikit bekalan
Naik bas, bro 2 da naek...
Laparny... Is pun menghabiskan 2 ketul pau yang telah dibeliny td bersama air mineral...
'segannya, dy mkn 1 je pau, Is bedal smpai 2, lantakla, mmg Is lapar pun...'
"Er, awk nk blk sp ke?" bro tersebut bersuara
"a'ah, nk g sp jgk k?"
"x, sy nk g pengkalan hulu, baling, tau x canne dr sp nk ke sana?"
"sy x pasti"
"ok, xpa"
"org mana?" Is bertanya
"sy org kl, asal kl, family pun kl, mmg kalau bercuti sy pergi rumah kwn2, bercuti sekali dgn diorg n di kampung diorg"
"owh"

Perbualan terus berlalu... dr cerita kl... bercuti... silat gayong... mph... dr Mahathir... politik... dll
Akhirny bas smpai d sp
"jumpa lg, bila2 dalam bas" ucapnya sebelum berlalu

Turun dr bas...
"ABAH!!!"
'awatla budak Is nie'
"leganya da smpai sp..., abah tau x pnjang cerita camna kak bley blk dr pj ke sp... n nsb baek pksu x kna kerat jari, haha"
"awat paksu hang nk kerat jari dy?"
"sbb dy x syg kt jari dy, haha, lawak ja, nnt blk rumah Is cita na..."

Alhamdulillah, mungkin x dpt nk luahkan semuany di sini tp apa yang terjadi di sepanjang 'pengembaraan' tersebut sgt mencabar keimanan dan kesabaran.

P/s: Mmg benar kata org susah itu tarbiyah, ujian dr Pencipta kepada hamba yang disygi...


      Semoga diri ini tabah dalam menghadapi ujian2 di masa akan dtg... A~min...