Zahroh berlalu pergi meninggalkan ainaa dan dayah.
"Bestnya malam ni...", kata ainaa sambil merenung dayah yang tengah khusyuk menjamah sate. Kemudian dayah membals, "apa yg bestnya ainaa?". Ainaa bertanya kembali kpd dayah, "bestla... hampa ni sebagai org yg hadir rasa apa?". Dayah jawab, "kami rasa biasa ja...Tp hampa rasa bestla sebab hampa yang bergerak kerja dalam menjayakan program ni, jadi bila hampa nmpk ada orang yang hadir untuk agd ni mestila hampa rasa seronok". Ainaa sambung, "a'ah, betul. rasa best sangat bila orang hadir...". dayah hanya tersenyum sambil memandang rumatenya, zahroh yang tengah bergelak ketawa.
***
Begitulah suasana agd imiu yang telah berlalu semlam.
Ramai gadis2 bertudung mula membanjiri kawasan yang selalunya hanya akan dibanjiri oleh kaum adam bermula pukul 8 malam. Saat fatin sampai di dewan tersebut, keadaan sudah meriah dengan alunan lagu2 nasyid. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan tazkirah 'adhock' oleh saudara Iqbal. Para komiti sibuk menyiapkan makanan. Minda para tetamu yang hadir diuji dengan beberapa teka teki yang disampaikan oleh syahir dan hafizuddin yang sangat berguna. Sesudah itu, program diteruskan lagi dengan menjemput para tetamu mengambil makanan...
"sekarang dijemput nurul 'izzah untuk naik sebagai timbalan presiden imiu", ucap mc. Fatin tersenyum. Begitulah keadaan yang membawa kepada slot seterusnya, iaitu perlantikan lineup baru. Ada yang hanya tersenyum... Ada yang takut untuk ke hadapan... Ada yang sedia untuk menerimany... Semua komiti yang terlibat senyum tanda bersyukur. Semua menerima keadaan ini dengan redha.
Begitulah keadaan kita, ada yang turun, ada yang naik, tidak akan selamanya kita akan berada di atas sahaja.
Akhirnya, program berakhir setelah mereka yang hadir mendapat button badge imiu dan selepas semua yang ada sama2 menjamah aiskrim yang telah disediakan. Keadaan sangat meriah. Muslimin dengan cara muslimin, muslimat dengan cara muslimat. Memang best.
***
Alhamdulillah sgt2, rasa lega sgt2 sebab segala yang dirancang telah berjalan dgn baik walaupun tak sempurna tp Alhamdulillah. Semua orang berusaha untuk buat yang terbaik walaupun setiap orang masih ada kerja lain yang masih belum disiapkan. Tahniah kpd semua yang tolong memeriahkan program ini ^_^.
Kepada lineup yang baru dilantik, tahniah dan takziah diucapkan, berusahalah dalam menolong saudara2 kita yang lain. Jika ada kesusahan yang datang, terimalah ia dgn redha dan anggaplah ianya sebagai tarbiyyah dan ujian dari Dia Yang Maha Penyayang.
Kepada mantan2 lineup, teruskan perjuangan kita walaupun di mana kita berada. Jadilah mata rantai perjuangan Rasulullah. Ingatlah kita tidak berada di permulaan ataupun di hujung, kita berada di tengah, jadi peganglah ia sekuat kuatnya dan teruskan perjuangan ini.