Is… Is, ok tak?
Hmm…
Ape nie?? Bagi jawapan tapi muka tak berpaling pun… Tengok pun tidak, hish…
Rin sayang, ok dah… Matching je pakaian awak dengan tudung tu, setakat nak turun kafe bawah je pun nak bersiap macam nak g beli makanan kat MidValley
Ala, biarla… Sayakan sukakan kesempurnaan, awak pun sama ok
Ye…ye
Selalu terjadi?
Manusia semestinya mementingkan kesempurnaan, kalau tidak dapat yang perfect pun, secara automatiknya kita akan mencari yang seakan-akan ke arah kesempurnaan jugak. A photographer also will strive to find the best angle.
Kalau di restoran… Meja dah atur betul-betul, kedudukan waiter, menu…
Di hari perkahwinan… Pasukan kompang, pengantin masuk dari sini, makanan semua cukup…
Itu antara situasi yang sering dan mudah untuk kita perhatikan, secara tidak lansung, kehendak kita untuk solat secara berjemaah juga merupakan antara cara kita mencari kesempurnaan. Sama juga seperti muslimah yang melabuhkan tudung dan melonggarkan bajunya, bukannya untuk kelihatan lebih alim atau bergaya atau mahu dipandang tinggi oleh sesetengah muslimin tetapi ianya adalah untuk mencari kesempurnaan selain mendapat keredhaan Allah.. Mungkin ada yang cakap solat berjemaah lebih khusyuk, solat jemaah pahala lebih, Allah suka kalau hambaNya solat jemaah, kalau ada orang yang lagi alim dalam solat tu, sekurang-kurang makbul doa yang dibaca imam. Hasilnya sama, solat kita akan lebih baik dari kita solat secara bersendirian. Untuk mencapai kesempurnaan, kita sendiri yang kena bergerak dan mencari kesempurnaan tersebut. Kita inginkan negara yang mengamalkan nilai-nilai Islam itu sendiri, jadi menjadi tanggungjawab kita juga untuk membawa Islam yang sebenar dengan menunjukkan contoh yang terbaik.
p/s: peringatan bersama buat diri yang lupa dan alpa ini…