Pages

Thursday, December 29, 2011

MASJID UIA DAH SIAP!!!

Hehe, saja nak besarkan tulisan kat tajuk ni, sebab dah exited sangat. As we can see at the title, masjid yang selama ni budak2 UIA Kuantan tunggu2 dah siap dibina, can.....tik, Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah~ ^^ MASJID UIA KUANTAN~


dari kubah sampai ke sejadah ada logo uia (tapi bukan sebijik sangatla)

mihrab Masjid UIA Kuantan ^^
nie time zohor pertama kat masjid ^^

muslimat bole solat kat ruang muslimat atau kat bahagian atas ^^
Diorang dapat makan kambing bakar ^^
view dari balkoni masjid ^^
Masjid ni warna putih and ada oren + coklat cair sikit2, waktu malam lagi cantik ^^
Azan dari masjid memang kuat, huhu, so dah takda alasan untuk susah nak tau dah masuk waktu ka belum...

Adoi~ Sirah Is!



Pernah tengok poster nie?
Kalau bebudak UIA kuantan memang pernahla, walking along the prophet's trail, memang best, speakernya pun hebat.,, huhu tapi sayangnya dapat pergi dalam sejam ja... Sebabnya pagi tu ada program lain, Seminar on dinar and dirham, tapi dalam satu jam ni pun banyak sangat kekurangan yang dah didapati pada diri.
Time masuk ni ust riduan yang bagi talk, tapi dah last2 camtu, dia tanya kami soalan... Ada 20 soalan semuanya...
1. Gelaran Saidina Umar...
2. Perang diantara Saidina Ali dengan puak Khawarij...
3.  (x ingat soalan) tapi jawapannya Abdul Rahman bin Marjan
4.  (x ingat soalan) tapi jawapannya Abu dharr al ghifari
5. Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah...
6. Khulafa' yang mencipta tentera laut pertama...
7. Perang apa yang menyebabkan ramai para hafiz syahid...
8. Saidina Abu Bakar telah memerintah selama...
9. Pengerusi bagi panel pengumpul Al-Quran...
10. Dalang pemberontakan pada... (x ingat soalan) tapi jawapannya Abdullah bin Thabat
11. Etnik Yahudi yang dihantar ke kota khaibar...
12. Tokoh Yahudi yang memeluk Islam di zaman Nabi...
13. Kuburan sahabat yang mahsyur di Madinah...
14. Sistem ketenteraan yang lebih sistematik pada zaman...
15. Gelaran Saidatina Aisyah...
16. Siapa yang telah berkahwin dengan Zaid b. Harithah tapi bercerai dan mengahwini Nabi?
17. Rumah isteri Rasullullah yang paling banyak turunnya wahyu...
18. Nama nuqoba' yang buta...
19. Nasrani yang memeluk Islam...
20. Siapa isteri Nabi dan anak kepada Saidina Umar?

Then, ust bagi jawapan... ust tanya, "Siapa yang dapat jawab betul lebih dari 10?". Adalah dalam 4-5 orang dan Is bukan dalam kalangan 10 tu, huhu. Nampak sangat sirah tak habis khatam lagi, adoi...

p/s : Hehe, cuba cari jawapan dari soalan2 diatas (bagi yang ada soalanla). Jom sama2 mendalami sirah Nabi ^^, Post ni dah lama tp dok dalam draft and tak terpublish lagi sebab tak dapat mood nak publish, huhu

Wednesday, December 14, 2011

PBL!

PBL is a shortform for Programme Based Learning. Memang dah termaktub dalam course outline anatomy and physiology...huhu
Selalunya student mesti stress and tension bila turn diorang dah sampai untuk PBL
PBL is a presentation, kami diberi case study, cari maklumat mengenai penyakit tu, punca, effect, cara nak atasi melalui nursing care plan dan sebagainya. Nak cakapnya bukan berdebar time present tapi bila time soalan yang ditanya oleh lecturer2 and student nursing yang tengok kami punya presentation.
Ya Allah... Tapi tajdidkan niat balik, cuma nak berkongsi ilmu yang ada.

My study case is about peptic ulcer, memang penat jugak sebab dua penyakit sebelum tu kami jumpa tapi sebenarnya bukan... huhu
Mula-mula ingat gastrointestinal mobility disturbance... salah
Gastritis... pun salah
Pak cik dalam study case ni sebenarnya ada peptic ulcer. Memang kalut sebab dah salah last-last minit ni.
Tapi overall... Alhamdulillah~ Semua orang sampaikan maklumat dan buat yang terbaik, group kami datang awal ke lecture hall semata-mata nak practice, hehe

Dalam PBL pulak, dibahagi ikut part masing-masing and part yang Is dapat is about the causes of peptic ulcer. Fuh, memang pening cari maklumat, partner Is dah nak demam a day before presentation, stress punya pasal. Ada 2 cause yang kami bagi... Satu sebab bacteria yang namanya Helicobacter Pylori and the intake of Non steroid anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Ada lagi causes yang lain macam umur dan stress. Acid pulak sebenarnya tak menyebabkan peptic ulcer pun, cuma makin pedihla tambah2 bila acid tu kena tempat yang jadi ulcer tu. Lagi teruk keadaan ni boleh menyebabkan bleeding of your stomach and may lead to tumor.

 

After buat presentation ni, dan2 tak rasa berdebar dah, hehe
Sepanjang buat research, memang banyak maklumat yang dapat tapi banyak jugak yang kita kena telitikan sebab kadang2 maklumat ni dah lama atau sumaber tu dah tak boleh nak guna dah.
One of the special feature of our stomach is rugae. Rugae ni yang tolong membesarkan dan mengecilkan perut kita supaya makanan boleh masuk lagi.



Kalau kita tak dapat kawal pemakan kita, memang akan membawa banyak mudarat. Hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi, "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami). So, jagalah nikmat yang telah Allah kurniakan, prevention is better than cure, right? ^^
Antara cara2 nak kekal sihat ialah dengan menjaga kebersihan makanan, makan makanan yang HALAL, dan mengekalkan BMI kita dalam keadaan normal...

P/S: Perkongsian bersama, terasa juga bila buat presentation pasal penyakit yang melibatkan digestive system sebab diri ni pun kadang tak terjaga bab2 pengambilan makanan nih...