Assalamualaikum,
Salam Ramadhan... Alhamdulillah kerana masih diberi kesempaten untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun ni,
"HB! Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..."
ok, enter ^^
Alhamdulillah, bulan ramadhan ja banyak post2 yang lebih bermanfaat di fb dan twitter, memang rasa bahang Ramadhannya.
Time orientasi ward
'Ok, sini pantri, kamu boleh makan minum kat sini tapi tak boleh ramai2, pantri ni pun ada 4 ja kerusi, gilir2 la ye, dalam tu ada ruang solat, jadi kalau kamu berbuka, makan sikit2, solat, lepas tu bagi turn kat kawan kamu pulak, ok!'-sister
'A'ah la Is, minggu depan da start puasa, kita puasa kat hospital...'
'Hehe, xpa2, new experience' (dalam hati sedih jugak)
'Kau balik tak hujung minggu ni?'
'Mestila tak wey, aku balik terus after OSPE, balik ke?'
'Nak balikla, buka puasa kat rumah, tapi tak sure lagi, roomate kau semua balik ke?'
'Kak Fifa memang dah, Atim ya rasanya, yang lain tak'
'Oo'
Apa yang baru dirasai sekarang mesti dah pernah dirasai oleh nurse2 yang kena kerja walaupun masa bulan puasa, ada yang time raya pun kena bertugas lagi.
Bulan Ramadhan, bulan kesabaran, bulan rahmat, bulan yang di dalamnya terdapat malam Lailatul-Qadr, satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. So, lets make it better this year with more deeds and sedeqah!
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
(Taken from: http://s13.invisionfree.com/mysahabat/ar/t79.htm)
P/S : Selamat berpuasa, semoga kita takdirkan berjumpa dengan malam Lailatul-Qadr, jangan lupa untuk berjimat cermat semasa berbelanja ^^ (Peringatan Bersama)
Sunday, July 22, 2012
Tuesday, July 3, 2012
Ujian Hidup - IM Muhammad Asyraf Ridzuan
Ujian Hidup
Try to listen to this song, Alhamdulillah, nice ^^
Try to listen to this song, Alhamdulillah, nice ^^