Ya Allah... Lamanya x taip kt cni
2-5 March haritu g Sarawak sebab ad 3rd UNIMAS Nursing Students Conference, Alhamdulillah, x rugi p...
Dapat byk maklumat, dapat tengok bidang Nursing ni dari sudut pandang orang lain, dll
Kitorang bertolak dari UIA kol 5.30pg pastu smpai LCCT dalam kol 11 (mmg suma tido dalam bas time tu, pakcik bas je x, haha). Naik flight g sana dalam pkol 2.
waiting area...
Subhanallah... Awesome
PENINGNYA!!! jerit sorang-sorang dalam hati. Ya Allah, mmg x tahan time mula2 naik, tapi bila dah lama, dah makin ok... Tak rasa apa dah...sampai kt Kuching Airport. Sampai petang 2, ada sister dari UNIMAS jemput kitorang, bawak g hotel yang kitorang dah tempah before tu (sekarang baru nampak kenapa orang bina hotel kat Mahallah Tabari, mmg untungla nanti bila ada parents nak datang @ ada apa2 conference nanti...
Mostly orang Sarawak still kekalkan culture diorang, maybe yang tu buat Sarawak ni unik (dahla luas gila)
Malamnya kitorang keluar makan kat Waterfront. Is try nasi goreng dabai, sedap gak. Dabai tu sejenis buah, famousla kat Sarawak, rasa dy masin!!!, tapi kalau sapa yang makan makanan manis sangat mesti lega dapat buah ni, sebab kontra rasa buah dengan makanan tu. Ada kedai kek lapis dekat2 situ, yang paling famous Dayang Salhah punya kek lapis, kitorang dapat makan kek lapis free time tu, hehe, Alhamdulillah
UNIMAS, Kuching (maincamp kat Kota Samarahan)
Jom beli kek lapis bawak balik!!!
Kat hotel -the 12 delegates- (nervous2 -.-")
Student UNIMAS memang hebat, English diorang fluent, diorang banyak buat innovation, bila posting and jumpa problem kat situ, terus fikirkan idea @ create something to overcome that problem. One of the attractive innovation I think is about EZ Sarong. Memang nampak mudah dan praktikal... Harapnya dapat direalisasikan nanti, dan harap jugak UIA pun akan buat macam ni (galakkan student create something yang practical).
Menunggu ketibaan VIP
Diorang buat tarian dan nyanyian time performance (menarik tapi ada pakaian yang agak tak sedap dipandang..huhu)
Second day, wakil UIA buat presentatio, pasal The 8th Right of Patient : Right of Faith... Rupanya tak ramai yang nampak betapa pentingnya untuk jaga soal spiritual patient dan betapa mudahnya Islam. Anyway, presentation ni dapat sambutan yang menggalakkan. Before balik, kitorang buat sharing moment sikit, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan diorang, very informative. Student UNIMAS very independent (UIA pun, hehe)
Representative from IIUM
Kitorang bergerak ke Kuching Airport dalam pukul 4.30pg, flight pukul 6, lepas habis solat subuh terus g ruangan untuk cek tiket, Alahamdulillah~ ^^ dah tak pening!!! hehe
Bestnya dapat p Sarawak, tapi sebab tak cukup masa, tak dapat nak g jalan2 banyak tempat, k, nanti Is sambung lain
p/s : banyak lagi nak taip tapi dah penat, nnt sambung lagi. InsyaAllah...
Ya Allah, semoga Engkau kekalkan nikmat yang telah Engkau berikan padaku... A~min...
0 comments:
Post a Comment