Pages

Thursday, December 29, 2011

MASJID UIA DAH SIAP!!!

Hehe, saja nak besarkan tulisan kat tajuk ni, sebab dah exited sangat. As we can see at the title, masjid yang selama ni budak2 UIA Kuantan tunggu2 dah siap dibina, can.....tik, Subhanallah, Masyaallah, Alhamdulillah~ ^^ MASJID UIA KUANTAN~


dari kubah sampai ke sejadah ada logo uia (tapi bukan sebijik sangatla)

mihrab Masjid UIA Kuantan ^^
nie time zohor pertama kat masjid ^^

muslimat bole solat kat ruang muslimat atau kat bahagian atas ^^
Diorang dapat makan kambing bakar ^^
view dari balkoni masjid ^^
Masjid ni warna putih and ada oren + coklat cair sikit2, waktu malam lagi cantik ^^
Azan dari masjid memang kuat, huhu, so dah takda alasan untuk susah nak tau dah masuk waktu ka belum...

Adoi~ Sirah Is!



Pernah tengok poster nie?
Kalau bebudak UIA kuantan memang pernahla, walking along the prophet's trail, memang best, speakernya pun hebat.,, huhu tapi sayangnya dapat pergi dalam sejam ja... Sebabnya pagi tu ada program lain, Seminar on dinar and dirham, tapi dalam satu jam ni pun banyak sangat kekurangan yang dah didapati pada diri.
Time masuk ni ust riduan yang bagi talk, tapi dah last2 camtu, dia tanya kami soalan... Ada 20 soalan semuanya...
1. Gelaran Saidina Umar...
2. Perang diantara Saidina Ali dengan puak Khawarij...
3.  (x ingat soalan) tapi jawapannya Abdul Rahman bin Marjan
4.  (x ingat soalan) tapi jawapannya Abu dharr al ghifari
5. Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah...
6. Khulafa' yang mencipta tentera laut pertama...
7. Perang apa yang menyebabkan ramai para hafiz syahid...
8. Saidina Abu Bakar telah memerintah selama...
9. Pengerusi bagi panel pengumpul Al-Quran...
10. Dalang pemberontakan pada... (x ingat soalan) tapi jawapannya Abdullah bin Thabat
11. Etnik Yahudi yang dihantar ke kota khaibar...
12. Tokoh Yahudi yang memeluk Islam di zaman Nabi...
13. Kuburan sahabat yang mahsyur di Madinah...
14. Sistem ketenteraan yang lebih sistematik pada zaman...
15. Gelaran Saidatina Aisyah...
16. Siapa yang telah berkahwin dengan Zaid b. Harithah tapi bercerai dan mengahwini Nabi?
17. Rumah isteri Rasullullah yang paling banyak turunnya wahyu...
18. Nama nuqoba' yang buta...
19. Nasrani yang memeluk Islam...
20. Siapa isteri Nabi dan anak kepada Saidina Umar?

Then, ust bagi jawapan... ust tanya, "Siapa yang dapat jawab betul lebih dari 10?". Adalah dalam 4-5 orang dan Is bukan dalam kalangan 10 tu, huhu. Nampak sangat sirah tak habis khatam lagi, adoi...

p/s : Hehe, cuba cari jawapan dari soalan2 diatas (bagi yang ada soalanla). Jom sama2 mendalami sirah Nabi ^^, Post ni dah lama tp dok dalam draft and tak terpublish lagi sebab tak dapat mood nak publish, huhu

Wednesday, December 14, 2011

PBL!

PBL is a shortform for Programme Based Learning. Memang dah termaktub dalam course outline anatomy and physiology...huhu
Selalunya student mesti stress and tension bila turn diorang dah sampai untuk PBL
PBL is a presentation, kami diberi case study, cari maklumat mengenai penyakit tu, punca, effect, cara nak atasi melalui nursing care plan dan sebagainya. Nak cakapnya bukan berdebar time present tapi bila time soalan yang ditanya oleh lecturer2 and student nursing yang tengok kami punya presentation.
Ya Allah... Tapi tajdidkan niat balik, cuma nak berkongsi ilmu yang ada.

My study case is about peptic ulcer, memang penat jugak sebab dua penyakit sebelum tu kami jumpa tapi sebenarnya bukan... huhu
Mula-mula ingat gastrointestinal mobility disturbance... salah
Gastritis... pun salah
Pak cik dalam study case ni sebenarnya ada peptic ulcer. Memang kalut sebab dah salah last-last minit ni.
Tapi overall... Alhamdulillah~ Semua orang sampaikan maklumat dan buat yang terbaik, group kami datang awal ke lecture hall semata-mata nak practice, hehe

Dalam PBL pulak, dibahagi ikut part masing-masing and part yang Is dapat is about the causes of peptic ulcer. Fuh, memang pening cari maklumat, partner Is dah nak demam a day before presentation, stress punya pasal. Ada 2 cause yang kami bagi... Satu sebab bacteria yang namanya Helicobacter Pylori and the intake of Non steroid anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Ada lagi causes yang lain macam umur dan stress. Acid pulak sebenarnya tak menyebabkan peptic ulcer pun, cuma makin pedihla tambah2 bila acid tu kena tempat yang jadi ulcer tu. Lagi teruk keadaan ni boleh menyebabkan bleeding of your stomach and may lead to tumor.

 

After buat presentation ni, dan2 tak rasa berdebar dah, hehe
Sepanjang buat research, memang banyak maklumat yang dapat tapi banyak jugak yang kita kena telitikan sebab kadang2 maklumat ni dah lama atau sumaber tu dah tak boleh nak guna dah.
One of the special feature of our stomach is rugae. Rugae ni yang tolong membesarkan dan mengecilkan perut kita supaya makanan boleh masuk lagi.



Kalau kita tak dapat kawal pemakan kita, memang akan membawa banyak mudarat. Hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi, "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami). So, jagalah nikmat yang telah Allah kurniakan, prevention is better than cure, right? ^^
Antara cara2 nak kekal sihat ialah dengan menjaga kebersihan makanan, makan makanan yang HALAL, dan mengekalkan BMI kita dalam keadaan normal...

P/S: Perkongsian bersama, terasa juga bila buat presentation pasal penyakit yang melibatkan digestive system sebab diri ni pun kadang tak terjaga bab2 pengambilan makanan nih...

Wednesday, November 16, 2011

Nak pergi? InsyaAllah~

YM~
I- Dalam banyak-banyak tempat kat dunia, mana yang acu tringin nak pi melancong?
P-Jeju Island, haha
I-Sebab?
P-Tempat tu lawa, banyak drama n movie yang acu tengok depa buat pengambaran kat situ, memang lawa
    Nak pi sana kena berapa tah?
I-Tak tau...
P-Google sat, haha
I-dalam 3000 ke 4000 kot
                                ***
Kat bilik~
Kalau korang dapat melancong, korang nak g mane selain Mekah?
Anis-Aku teringin nak g tempat-tempat macam Afrika... Somalia... negara2 yang kita boleh g and tolong diorang, mesti best...
Atim-Aku teringin nak g Cordova~ hehe, cantik tempat tu... Ko?
Is-hehe, Jepun kot
Atim-hmm, dah agak~
Bad-Turki


Pulau Jeju

Jeju Island

Cordova Spain

Masjid Cordova

masjid aya sophia



turki istanbul

Afrika



Gunung Okue


Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah
Life is full of blessing and meaning
Banyak tempat2 yang menarik untuk kita lawati di atas muka bumi Allah
Hanya terpulang pada individu2 tersendiri bagaimana cara untuk kita menghayati dan mengagumi Dia yang menciptakan langit dan bumi.
Ambillah petunjuk dalam setiap apa yang berlaku, semoga hidayah yang kita dapat sentiasa terpelihara
A~min...
Allah ada berfirman:
"Berjalanlah kamu (di muka) Bumi Allah, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa"

P/S: Sama2 renungkan dan selamat beramal ^^

Wednesday, November 2, 2011

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? 

- copy and paste -

Familiar with this situation?

Selesai exam Biochemistry, invigilators pun mengumpul semua paper2 exam, belum pun keluar dari dewan, tapi hasil daripada tindakan reflex students bila tahap curiosity yang menaik dengan mendadaknya....

"Is, soalan 1 jawab ape?"
"soalan 1 pasal ape tim? Aku tak ingat.."
"Ko nie...."
Anis yang berada di depan atim,,, "wei, jawab apa utk soalan disease tu?" 
"Aku xtau... Aku jwb D, sebab aku rsa cam penah dengar je nama tu, jap"
Atim berpaling ke belakang, "Is, ko jawab ape yang disease tu?"
"Ntah, aku hentam D, jawapan dia ape?"
"Aku pun tak tau, aku pun buat yang tu jugak, neumann-pick disease"

Invigilators : "Year 1 please keep quiet, the other year still have exam!"
huhu, amek, kena skali...

Keluar dari Exam Hall, KOM...

"wei... huhu, tension aku..."
"Anis, rileksla, baru 1 soalan kau rasa salah"
"Hmmm, dahla jangan bincang dah soalan lagi"

Di kelompok lain....
"Mid, tadi ko jawab progestrone ke estrogen?"
"Khai, aku tanda estrogen, ko?"
"La, aku buat progestrone..."
"Ko tengok ni ek, (sambil membuka notes2 yang ada...) ha, dekat sini dia tulis cholesterol jadi pregnenolone pastu jadi progesterone, last skali dia jadi estrogen. Aku buat estrogen sebab dia end product"
"A'ah, aku pun" Is tetiba je join the group
"Ala... aku da salah pe..."
Mid pun sambung, "tak tau lagi dia nak end product ke tak, aku pun tak faham ape yang dia nak sangat, boleh jadi je yang ko jawab tu betul, sebab progesterone still ada dalam tu"

Sampai di bilik, terus online, hehe
Anis dan Is sampai dulu disebabkan ada sorang hamba Allah ni bagi tumpang, Alhamdulillah...
"Assalamualaikum..."
"Bad dengan atim da balik"
"Is2, ko google cepat cari nama disease tadi"
"Apetah tim?"
...setelah google...
"ALA.... Salahla..."
"aku pun mana ingat sangat disease2 nie, hmmm"
"dah2 jom makan, aku da lapar"
"jom2"

^^ familiar with the situation?
Mahasiswa-memang sinonim dengan perasaan ingin tahu, terburu-buru dan tamak, bersemangat dalam sesuatu perkara, mempunyai pemikiran yang tersendiri
Sifat-sifat ni ada pros and consnya, bagusnya jika ianya disalurkan dengan cara yang lebih baik.

Perasaan ingin tahu menyebabkan mahasiswa tidak mudah ditipu dan tidak cepat membuat kesimpulan, dengar pandangan orang lain serta raikan pendapatnya. Jangan salahgunakan perasaan ini, contohnya, atas dasar ingin tahu kita melayari laman web yang tidak sepatutnya, makan makanan yang tidak halal dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. 

Seronok melihat situasi perbincangan di dalam kelas atau mana2 ja, keadaan apabila mahasiswa ghairah dan tamak dalam mencari ilmu, tapi harapnya yang dikejar bukan ilmu dunia sahaja kerana we belong to Allah, not this world. Bersemangatnya mahasiswa dalam mempertahankan pendiriannya dalam isu2 tertentu dan semuanya menpunyai isi dan fakta dalam hujahnya. Yang paling hebat apabila mahasiswa itu mampu untuk berqiamulail di malam hari dan bersemangat dalam melakukan ibadah serta aktiviti2 kemasyarakatan. 

Seperti situasi di atas, memang sering berlaku tapi sepatutnya, kita menghormati students yang masih lagi menjawab soalan exam dengan tidak membuat bising atau bercakap-cakap dengan kuat, kena bersabar walaupun susah.

p/s : peringatan untuk diri yang lemah, semoga Allah beri yang terbaik untuk kita semua, A~min...

Monday, October 31, 2011

bacalah, apa itu jururawat... "DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER!"

artikel ni jmpe kat internet,pendapat seseorang.. thankz~~~
Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.

Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?


Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?

Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?

Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?

Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)
i'm proud to be one of NURSES out there..



Saturday, October 29, 2011

I MISS THEM SOOOO MUCH!

Lagi 1 minggu ja tinggal before balik rumah ^^
Ya Allah~ Homesicknya,,, Allah ja yang tahu, after cakap dengan parents dalam telefon atau habis online memang rasa nak nangis ja... Kalau nak ikutkan mood ni memang malas nak study tapi disebabkan midterm yang bakal menjelang ni... Tak bolehla nak buat dunno je... Perjuangan harus diteruskan, keep fighting... 










Saranghae Mr. R :)

P/S : We are fighting dreamers~ Tetibe teringat lagu Naruto,,, rindunya nak tengok Naruto dekat rumah...huhu
Nak p relau lagi, tapi rasanya untuk raya haji ni mungkin tak sempat... -.-"

Wednesday, October 26, 2011

IMC-JHC...

             

Early morning yang tak berapa nak peaceful di mahallah at tabari...

"IS! ATIM! CEPAT! Bas da tunggu tu!"
"Wey, kejap, aku tengah siap, nak betulkan tudung nie"
"Kejap anis..."

"Bad da mesej aku, pak cik bas dh nk jalan"
"Jap~... Atim, pendrive aku mana?"
"Ada kat anis, aku bagi kat dia, Is jom!"
"Jom2"

Selesai solat zohor di Masjid Kuliyyah of Medicine (KOM)...

"Anis, Atim, Bad, jom... Bas da datang..."
"Jom2"
"ok2"

*****

Hmmm, boleh dikatakan macam ni lah hampir tiap2 hari, sibuk nak berkejar bas, tapi bukan kami ja yang lambat, ada lagi... Memang terseksa rupanya bila masuk 1st year ni. Dalam hati waktu mula masuk dulu ingat mesti tak busy sangat,,, Rupanya tersangatlah busy, agak susah bila pagi kelas dekat Indera Mahkota Campus (IMC) and petang dekat Jalan Hospital Campus (JHC). Bila masuk 2nd year sampai 4th year, kelas dekat JHC ja, so dah tak terkejar-kejar sangat dah... Alhamdulillah
Kuliyah of Nursing and Kuliyah of Medicine at JHC


KOM, IMC

Tapi dua2 ada kelebihannya, kalau kelas dekat IMC, makanan murah, nak dapatkan buku, nak fotostat, memang senang, and kalau dekat JHC, nak shopping la paling senang sebab depan tu Kuantan Parade, lintas jalan ja. Tapi memang kena pandai berjimatla, kalau tak memang pokai...huhu

Kalau ada yang cakap 1st year nursing ni tak sibuk, tryla, mostly hujung minggu kami mesti ada aktiviti, dari kelas ganti,CSC Open Day, Grand Camping, Symposium, dan aktiviti yang diadakan oleh Nursing Society... budak 1st year memang wajib join (kalau free takpa la jugak...)

Tapi nak buat macam mana, dengan menyibukkan diri jugakla menyebabkan kita pandai untuk manage masa dengan lebih baik (tapi diri ini tetap malas macam dulu,,, maybe da rajin sikit)

P/S : eventually, aku da boley adapt dengan environment kat sini, Alhamdulillah~ ^^

Tuesday, October 25, 2011

courage is the quality of mind which enables one to encounter danger and difficulties with firmness, or without fear, or fainting of heart.



To become a successful muslim in order to help others, courage is one of the important things needed.

central park new york

Pernah dengar Central Park di New York? Central Park adalah salah satu tempat yang mesti dikunjungi kalau berkunjung ke sana. Is sendiri tak pernah pergi lagi ke sana tapi memang ada niat nak pergi sana... InsyaAllah~ Central Park juga banyak menjadi lokasi pengambaran untuk kebanyakan filemfilem hollywood. Is berminat dan jatuh hati dengan Central Park time tengok discovery kat TV1. Its definitely beautiful~





P/s: There's nothing more peaceful than being close to the nature and think about Allah's glory