Pages

Wednesday, April 13, 2011

Cukup Setakat Ini???

Apa yang selalu kita lihat di hospital?
Bagaimana keadaannya?
Apa yang anda fikir apabila disebut perkataan 'hospital'?... Orang yang sakit tenat? ICU? Doktor? Nurse? Makanan yang nampak tak sedap dan menyelerakan?
Setiap orang mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza...
Bagi seorang nurse, ayat yang selalu diucapkan adalah... "cik dah makan ubat?", "rasa sakit lagi x?", "kalau perli apa-apa lagi beritahu ye."


...Setakat ini sahaja? Cukup setakat ni? kalau pesakit tu bukan orang Islam, boleh kita terima... Tapi masalahnya, bila pesakit tu adalah saudara seagama dan seaqidah dengan kita... 
Adakah selalu perkataan seperti ini keluar dari mulut kebanyakan nurse?... "cik nak solat?"..."oh, dah masuk waktu, mari saya bantu awak untuk solat?"...


Dalam sesetengah keadaan, lagi bertambah menyedihkan apabila nurse dan doktor sendiri tidak menunaikan solat, bukan untuk mengata atau sebagainya, tapi realiti yang berlaku pada hari ini, masalah umat yang melanda... Amar makruf nahi mungkar yang perlu dilaksanakan oleh semua umatnya...
Memang bukan mudah untuk mengubah, pasti ada yang berkata..."cakap senangla, cuba buat tengok"... Tapi tak bermakna kita harus berputus asa setakat itu sahaja, seperti kita menyelesaikan soalan matematik, jika tak dapat guna cara A, guna cara B pulak...,sepertimana seorang ibu yang cuba memujuk anaknya yang menangis, jika tak dapat dengan kaedah C, guna kaedah D pulak... Macam tu juga kita, cuba sehabis baik, paling kurang pun, ada jawapan yang dapat kita kemukakan di hadapan Allah nanti. Kita bukan hanya akan ditanya mengenai perkara yang kita buat tapi kita juga akan disoal menyenai hal yang tidak kita kerjakan.


Kerjaya sebagai seorang nurse adalah kerja yang mulia, tetapi ia juga boleh menjadi kerja yang hina. Jika seorang nurse itu baik, orang akan cakap.."ha'ah, nurse tu lah... dy baik, selalu tolong...". Kalau tak pun orang akan cakap..."betul2, nurse tu memang teruk, dy selalu...". Jadi sama2 kita cuba lakukan yang terbaik dalam  menyebarkan dakwah dan ajaran baginda Rasulullah S.A.W.



p/s: Setiap ujian dariNya adalah bukti kasih sayang dan perhatianNya pada kita (^^,)

0 comments:

Post a Comment