Pages

Friday, April 1, 2011

U! Be Patient!!!

Sabar… Sabar
Sedarkah kita kekadang dalam kita tidak sedar… kita sebenarnya gopoh dan terburu-buru dalam berdoa. Dimana adab dan protocol kita dalam berdoa? Sebagai hamba yang meminta pertolongan dari Penciptanya, kita seharusnya sabar, yakin dan khusyuk dalam berdoa. Kita patut rasa hinanya kita dalam meminta doa dari Allah. MasyaAllah… hebatnya kepada mereka yang menangis setiap kali dalam doa mereka, menjiwai doanya dan mengerti setiap maksud doa yang dibacanya. Mungkin kekadang kita juga tidak sedar bahawa kita tidak letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Mungkin pertanyaan seperti ini pernah berlalu di fikiran kita… ‘Allah dengar ke tidak doa aku ni?’… ‘Apsal tak jadi pun apa yang aku minta ni?’… ‘Kenapa semua jadi tak seperti yang dirancang ni?’
Sepatutnya kita tidak patut merungut, kita sepatutnya ada ikhtiar, letakkan kepercayaan dan keyakinan 100% kepada Dia yang Maha Mengetahui. Bagaimana Allah akan memperkenankan doa itu… Bila Dia akan perkenankan… Itu bukan urusan kita.
Gunakan sepenuh tenaga kita dalam melakukan kebaikan. Dalam berdoapun… jagalah passwordnya… elakkan makan makanan yang haram dan makanan yang dating dari sumber yang haram.
Ambillah kisah para nabi, bagaimana mereka meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, bagaimana mereka beriman hingga ke akhirnya. Nabi Ibrahim yang yakin dengan janji Allah di saat baginda ingin dibakar… Nabi Musa di saat baginda berdepan dengan firaun…  Nabi Muhammad yang terpaksa berpindah ke Madinah atas arahan Allah… Sesungguhnya ujian buat mereka lebih berat…lebih perit…lebih sukar…lebih payah…
Berdoalah sehabis baik, berikhtiarlah sehabis daya, letakkanlah 100% keyakinan kepada Dia yang Maha Bijaksana… Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman.
 p/s:dapat idea ni time tengah tengok Halaqah 1 mac haritu… Ustaz juga menggalakkan kita untuk menghafal ayat dari surah Ibrahim:40 dan dibaca semasa berdoa… Peringatan ini juga untuk diri yang sering lalai ini.

0 comments:

Post a Comment